watch forward not backward..hehehe
Pada suatu hari di sekolah, ada seorang murid bertanya pada gurunya,pada masa itu gurunya sedang mengajar tentang kasih sayang.
Murid: Cikgu, macam mana kita nak memilih seseorang yang terbaik untuk
kita sayangi? dan macam mana pula kasih sayang itu hendak berkekalan?
Cikgu: Ok, sekarang kamu ikut apa yang cikgu suruh. kamu pergi ke
padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di
hadapan kamu. pilih yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang, walau
sekali, dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.
Apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput berada di tangannya.
Cikgu: Kenapa tiada rumput yang dipilih?
Pelajar: Tadi masih saya berjalan, saya carilah rumput yang paling
cantik, memang banyak rumput yang cantik tapi cikgu suruh ambik yang
paling cantik. maka saya terus berjalan kehadapan sambil mencari rumput
yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang. tapi sampai ke penghujung
padang, saya tak jumpapun yang paling cantik. mungkin ada di antara yang
dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi cikgu cakap jangan
menoleh kebelakang semula. jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.
Cikgu: Ya, itu lah jawapanya.
MAKNANYA apabila kita telah bejumpa dengan seseorang yang kita sayang,
janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang
yang berada dihadapan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh
kebelakang lagi kerana yang dah berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang
lalu tidak berulang kembali dan ingatlah orang yang kita sayang itulah
yang paling cantik dan paling baik. Walaupun kalau nak di ikutkan banyak
lagi yang cantik dan lebih baik seperti rumput tadi.
No comments:
Post a Comment